Saturday, June 2, 2007

KORDIAL KURMA

kurma kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, kalium, vitamin A, C, niasin. kura dapat meredakan tekanan darah tinggi dan dapat memudahkan proses kelahiran.

Kajian saintifik menunjukkan kurma berkesan mengubati gangguan usus pada tahap yang merbahaya iaiti kronik.

Kurma juga mengandungi protein serta garam galian yang membantu menghalang penghasilan sel darah putih yang berlebihan di usus kecil.

Kelebihan- kelebihan kurma lain adalah ianya dapat mengatasi sembelit tetapi tidak sesuai untuk penghidap penyakit diabetes, mengatasi masalah insomnia dan melegakan batuk kerana gula dalam kurma bertindak menghilangkan gatal- gatal di dalam kerongkong.



Kuram juga mengandungi unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita mengandung dan selepas bersalin. dalam konteks ini, kurma dapat membantu proses kelahiran, memperkukuhkan urat- urat rahim, mengurangkan tumpahan darah dan meredakan tekanan darah tinggi.


Kurma juga dapat menguatkan ingatan, membantu tumbesaran, menambahkan tenaga, melicinkan perjalanan darah, menghindari penyakit barah, merawat buah pinggang, mengelak kanser kolin, memeliharan kesihatan mata, mengelak rabun malam. Pejuang Islam di zaman Rasulullah mengamalkan kurma untuk merangssang otot dan mata.


Kalsium berguna dalam pembentukan tulang dan mengelakkan tulang menjadi rapuh. Kurma ini disyorkan untuk kanak- kanak hiperaktif

Harga: RM15 + RM5 ( kos penghantaran)

sumber maklumat:
www.hpa.com.my

No comments: